Harus diingati,
Ex gf/bf ialah sejarah dalam hidup.
anda kena belajar untuk hidup tanpa si dia. Memang ini bukan perkara mudah tapi bantuan akan sedia ada untuk membantu anda melihat dengan lebih jelas.
1) Ia benar-benar berakhir. Jangan dekati si dia. Jangan cuba hubungi si dia sama ada melalui telefon mahupun facebook. Jangan lawati tempat yang anda pernah date bersama si dia.
2) Bila dah betul-betul berpisah, sudah tiada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan merayu, menangis ataupun buat miss-called walaupun di dalam keadaan yang desperate. si sia tahu anda memang nak si dia kembali tapi si dia tak kisah. Ambil tu sebagai petanda.
3) Selaraskan fikiran dan emosi. Catatkan perasaan sedih dan negatif pada kertas. Ekspresikan kesemuanya dan musnahkan kertas tu. Jangan bagi kat ex anda pulak. Mungkin si dia rasa kelakar atau bertambah rimas bila tengok anda dah jadi desperate macam tu. Yang pasti, rakan si dia yang terdekat mesti akan tahu jugak.
4) Cari tempat yang baru untuk melepak. Jangan jumpa dengan kawan-kawan ex anda. Jika ada kawan anda yang masih nak keep in touch dengan ex anda tu, maka lebih baik anda elakkan dari berjumpa dengan si dia. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Seorang rakan sejati akan memahami apa yang anda lalui dan tinggalkan persahabatan dengan ex anda tu. Pada masa ni, anda akan dapat tahu betapa sejatinya kawan anda tu.
5) Buang semua hadiah atau cenderahati yang ex anda bagi. Keadaan Cuma akan semakin teruk kalau anda masih simpan semua tu.
6) Dekatkan diri anda dengan yang sepatotnya dicintai lebih drpd segala2nya..iaitu Allah SWT..nescaya diri anda akan berbahagia sentiasa..
P.E.A.C.E ;-)
No comments:
Post a Comment